hanya disini tempat bila luahan kata bermula,hati mula berbicara.!!

Pengunjung

free web counters

catatan harian

cerita lama.!

Followers

Powered by Blogger.

taPak kaKi.!

Showing posts with label ::tapakkakififie. Show all posts
Showing posts with label ::tapakkakififie. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

wahai HATI.

kenapa begitu mudah air mata mengalir keluar ?
tanpa di pinta ia nya akan terus mengalir..
kekadang laju sekali... mengapa begitu murah air mata ini ?
sukar nya untuk memahami hati...
suka pun menangis..jikalau sedih lagi la menangis semahu- mahunya..
wahai hati..
kuat kan lah semangatmu...
jangan mudah kau lemah si hati...
cekal kan dirimu..
tabah lah kamu mengharungi dugaan-NYA YANG ESA ini...
wahai hati..
sentiasa la kau ceria walaupun hakikatnya kau berduka...
sentiasa lah kamu positif walaupun sukar untuk menerimanya..
jangan lah cepat kau berputus asa...
wahai hati...
pujuk lah diri mu sendiri agar tiada bahaya yang menanti...
sedar lah hati sebenarnya engkau kuat..
wahai hati...
ketahui lah akan kamu..
kamu di uji sebab DIA menyayangimu...
kamu di uji kerana DIA ingin memberi kan yang terbaik untukmu..
kamu di uji supaya kamu lebih sabar..
kamu di uji supaya kamu tahu menilai..
wahai hati...
maju lah kamu ..
pandang lah kehadapan..
yakin lah kamu bahawa ada sinar yang menanti...
usah terpedaya dengan pujuk rayu dan paras rupa..
lupa kan setiap kesedihanmu..
binalah semangat baru..
wahai hati...
sayangi lah hati mu..
jangan biarkan sekali lagi ianya retak dan berderai..

jodoh ALLAH


Sekuat mana kita setia.

Sehebat mana kita merancang.

Selama mana kita menunggu.


Sekeras mana kita bersabar.


Sejujur mana kita menerima dirinya.

Jika takdir ALLAH menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya,
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya,
Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T ♥

poligami dalam islam


Islam membolehkan umatnya berpoligami bukanlah tanpa alasan atau tujuan tertentu. Keharusan berpoligami ini mempunyai hikmah-hikmah untuk kepentingan serta kesejahteraan umat Islam itu sendiri. Di antaranya ialah;

1.   Bahawa wanita itu mempunyai tiga halangan iaitu haid, nifas dan keadaan yang belum betul-betul sihat selepas melahirkan. Jadi, dalam keadaan begini, Islam mengharuskan berpoligami sampai empat orang isteri dengan tujuan kalau tiap-tiap isteri ada yang haid, ada yang nifas dan ada pula yang masih sakit sehabis nifas, maka masih ada satu lagi yang bebas. Dengan demikian dapatlah menyelamatkan suami daripada terjerumus ke jurang perzinaan pada saat-saat isteri berhalangan.
2.   Untuk mendapatkan keturunan kerana isteri mandul tidak dapat melahirkan anak. Atau kerana isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haidnya. Dalam pemilihan bakal isteri, Islam menyukai wanita yang dapat melahirkan keturunan daripada yang mandul, walaupun sifat-sifat jasmaniahnya lebih menarik. Ini dijelaskan oleh Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud, "Perempuan hitam yang mempunyai benih lebih baik dari wanita-wanita cantik yang mandul."
3.   Bahawa kaum lelaki itu mempunyai daya kemampuan seks yang berbeza-beza. Andaikan suami mempunyai daya seks yang luar biasa, sedangkan isteri tidak dapat mengimbanginya atau sakit dan masa haidnya terlalu lama, maka poligami adalah langkah terbaik untuk memelihara serta menyelamatkan suami dari jatuh ke lembah perzinaan.
4.   Dengan poligami diharapkan agar dapat terhindar dari terjadinya perceraian kerana isteri mandul, sakit atau sudah terlalu tua.
5.   Akibat peperangan yang biasanya melibatkan kaum lelaki, maka jumlah wanita akan lebih banyak baik mereka itu masih gadis mahupun janda.Dengan adanya poligami diharapkan janda-janda akibat peperangan itu dapat diselamatkan serta diberi perlindungan yang sempurna. Begitu juga untuk menghindari banyaknya jumlah gadis-gadis tua yang tidak dapat merasakan hidup berumahtangga dan berkeluarga.
6.   Kerana banyaknya kaum lelaki yang berhijrah pergi merantau untuk mencari rezeki. Di perantauan, mereka mungkin kesepian baik ketika sihat mahu pun sakit. Maka dalam saat-saat begini lebih baik berpoligami daripada si suami mengadakan hubungan secara tidak sah dengan wanita lain.
7.   Untuk memberi perlindungan dan penghormatan kepada kaum wanita dari keganasan serta kebuasan nafsu kaum lelaki yang tidak dapat menahannya. Andaikan poligami tidak diperbolehkan, kaum lelaki akan menggunakan wanita sebagai alat untuk kesenangannya semata-mata tanpa dibebani satu tanggungjawab. Akibatnya kaum wanita akan menjadi simpanan atau pelacur yang tidak dilayan sebagai isteri serta tidak pula mendapatkan hak perlindungan untuk dirinya.
8.   Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah agar keturunan masyarakat terpelihara dan tidak disia-siakan kehidupannya. Dengan demikian dapat pula menjamin sifat kemuliaan umat Islam. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza dari anak yang dari pernikahan yang sah. Jika gejala ini dibiarkan berleluasa dan tidak ditangani dengan hati-hati ia akan bakal menghancurkan umat Islam dan merosakkan fungsi pernikahan itu sendiri.

Dengan keterangan-keterangan di atas, jelaslah poligami yang diharuskan dalam Islam bukanlah untuk memenuhi nafsu seks sahaja bagi kalangan kaum lelaki tetapi mempunyai maksud serta tujuan untuk kemaslahatan umat Islam seluruhnya. Islam juga tidak memandang mudah akan syarat-syarat yang dikenakan pada suami yang beristeri banyak. Sebab itulah bagi mereka secara tegas Allah (SWT) mengingatkan, tanggungjawab mereka bukanlah mudah. Andai kata ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah itu tidak dapat dipenuhi oleh setiap suami yang berpoligami, maka dia akan beroleh dosa. Ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam dan dilarang melakukannya.

rindu si kecewa.

malam ini begitu sunyi
hati terasa begitu sayu dan syahdu
setiap kenangan mula terbit dari minda
buatkan hati terasa pilu
rasa rindu menyelubungi jiwa tapi hanya hati yang mengerti
ingin diluahkan tapi x siapa yang sudi mendengar jauh lagi mengerti

hari esok entah apa yang terjadi
hanya mampu berserah pada yang lebih MENGETAHUI
kerana setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya
kesabaran sering teruji
hanya ketabahan yang menjadi teman sejati


air mata mengalir lagi di pipi
kerana hati terasa begitu perit...
mengapa perasaan ini terjadi lagi kini?

rindu ini dibiar pergi...sepi...
tanpa balas kerana tiada siapa yang sudi
diri masih di sini...
menyendiri lagi...
tak tahu teguh berdiri atau jatuh lagi

penangan rindu


rindu itu kekadang indah
kekadang amat memeritkan
rindu juga bole amat menyakitkan
rindu boleh buatkan kita menangis
buatkan kita tersenyum
buatkan kita ketawa sorang- sorang
tapi apa yabg penting
rindu itu datangnya dari hati
ianya tidak di paksa
dan kita tidak pernah memaksa hati untuk rasa rindu
bila rindu rasa diri bagai gila bayang
pergi mana, buat apa
bayangan si dia sentiasa muncul di mata
walaupun pejam tetap jua ada
ada dan sentiasa segar di kotak minda
paling teruk lagi...
bila pandang orang lain pun nampak si dia
pakcik yang x bergigi pun da bertukar wajah si dia
dasyat nya bila di landa rindu
kekadang boleh demam
demam rindu kata kan
adesss rindunya...
ada di depan mata pun rasa rindu lagi
hebatnya rindu
moga ia terus kekal abadi di dalam hati & minda ini
Aku RINDU KAMU
RINDUUUUUUUUU SANGAT

Wednesday, December 26, 2012

Temok !

Gemok!!

Dalam erti kata lain aku makin rasa yang diri aku makin gemok weyh..
Teruk weh.. !! Aduiii


Tiap2 ari pukul 3 baru nak tido..
Makin lama mata berjaga.. Makin lapaq la Perut ni..
Mula la nak makan saja..


Study week ni plak boleh dikata kan minggu membesarkan Badan ..
Ditambah plak dengan keadaan Terengganu yang kerap hujan..
Seharian hujan,seharian gak la Perut Rasa lapar..



Huish..teruk weyh..
Cer bagi cadangan sket bagi aku kurang makan n turunkan berat Badan meyh..
Ni pon Perut berlagu syahdu Sakan..


Jam 3.10 am pon masih berlagu Sakan..
Terukk weh..


Mak..anak Mak makin temok la..




Satu semester !!

Selamat pagi semua.!!
Assalamualaikum dan Salam subuh yg bakal mendatang..
Hari berlalu Musim berganti..
Kadang2 aku rasa masa ni lambat jer berlalu..macam mencumburui aku..tapi kadang2 cepat dan tak terjangka..


Dah hampir 6 bulan aku bergelar Mahasiswa!!
Dalam erti kata lain dah nak habes satu sem pon aku kAT sini..

Final dah makin menjengah..
Hahh.. Masih kurang ILMU di dada ni..

Moga TUHAN mampu membantu aku capai apa yang aku Impikan..
Moga semuanya x tinggal angan2 tapi menjadi kenyataan..



Doakan aku untuk final yang bakal Tiba.. (:

Friday, December 21, 2012

Kampung !!

Aduh..
Dah berAt menanggung rindu.. Hoho
Tadi Antar Kawan g airport,g stesen bus,Antar balik rumah apa..
Pakat suma mood balik kampung..


Seronoknya mereka..!!
Dan aku??
Tunggu la sebulan Lagi agaknya..



Wuaghhhhh!!! :'(
Rindu kAT Mak..

::AWAN HITAM

Selamat petang !!

Hari rasa macam x indah ..
Guess what ???
Apa perasan korang bila sesuatu Kerja yang korang buat di copy jer Oleh orang lain..
Dan tetiba jer orang tu mngaku penat jer dia wat assignment tu Sendiri..


See weh.. Betapa teruknya..
Mungkin ksabaran aku masih mampu di bendung..


Rakan x Rakan , kalau markah aku di potong..
Ada jugalah yg jadi mngsa kang..



#mendung jer hati ni menahan gram ..
Sabar fie.. Sabar..

Weekend x jadi::

Hai hai hai ..
Assalamualaikum semua..
Niat hati nk ucap selamat malam..tapi jam di dinding dah 1 a.m, so selamat pagi jela...


Weekend..
Boleh kata macam minggu merehatkan Minda dan Badan la..
Tapi kAT Terengganu ni..
Weekend la hari yang paling membusykan semua manusia di sini..
Hari cuti macam ni la time nak Penuh dan jem kereta Sana sini..
Dan hari cuti ni laa selalunya koko diadakan.. Spoil mood tido pagi2 semata2 koko jela Tiap pagi..
Dan time cuti jugalah test iTu ini nak di buat..



Apa makna weekend macam tu???
Tanpa rehat dan rehat dan rehat!!



Macam ni la weekend aku disini..
Kadang2 memang menyeronokkan..
Adakalanya tidak.. :3


#missfamilykatkampungsangat...



Monday, December 17, 2012

Selamat Pagi ::

Hai hai hai..
Selamat pagi semua,lupa lak nak bagi Salam.. Assalamualaikum semua..

See.. Awai kan aku bangun dan post Bagai ni..
Bukan apa..anak dara kan x baik bangun lambat2..
Mcam org kata.kang Rezeki x Masuk lak..
Hahahaha..


Motif aku post Cuma nak Gtau aku bersarapan awai pagi ni..

Hewhewhew ..


Meh menjamu selera..

#moga hari anda ceria dan gembira !!

Tuesday, December 11, 2012

:: lambat

Assalamualaikum ,.
Ok.. Selamat petang..
Tengok tiket kat atas or Bawah kot.. Semangat la kononnya beli awai2..
Tapi tarikh nak balik lambat bebenor..
Sabor jelaa..



# rindu RUMAH.. Rindu mak !!!

Recent Comments Widget