hanya disini tempat bila luahan kata bermula,hati mula berbicara.!!

Pengunjung

free web counters

catatan harian

cerita lama.!

Followers

Powered by Blogger.

taPak kaKi.!

Showing posts with label budak manja... Show all posts
Showing posts with label budak manja... Show all posts

Saturday, June 18, 2011

saya memang sayang korang tahu??

hai..hai..hai..
selamt kembali kot..haha..
SIBUK.!!ya..itu jer laa perkataan yang mampu aku ucap saat ni..


hari ni saja banyak gila kerja yang aku nak buat..
bagi nak lepaskan tension lu..
aku layan laa maharaja lawak semalam..
on9 jer laa..nak tengok siaran langsung tak mampu kot..
sedih gilaa...!!!


oleh kerana tekanan yang amat sangat berada kat sini,hari ni,roomate aku sorang nangis teresak2 sebab nak balik...!tu jer..tak tahan kot..xboleh nak bawak and ketcup langsung subjek2 yang dia amik..
aku pon tumpang sedih gak laa..!!
tabah kan hati,kuatkan semangat..
aku tekad nak yang terbaik jer..
aku mampu buat kot..!!!



ok..ok..bukan aku nak cerita pasal ni..
aku nak cerita tentang hari esok kot..
let see,,sapa yang tahu esok hari apa???
jangan laa buat2 lupa plak..
of coz laa esok hari istimewa buat semua bapa2 kat dunia ni,


so,,entry ni untuk mr,ABAH aku yang misai tebai tu laa..hehe
jangan marah yer babah musyukk..
abah,,,SELAMAT HARI BAPA..!!



ABAH MEMANG ABAH YANG TERBAIK..TERBEST DAN TERMACHO LAA DISAMPING MANJA..HEHE
SERIOUSLY..MANJA HARGAI SEMUA YANG ABAH LAKUKAN UNTUK MANJA..TERLALU BANYAK KOT..
XTERUCAP DENGAN KATA2..DAN HANYA TUHAN YANG SAJA YANG MAMPU BALAS SEMUANYA..
SUSAH SENANG MANJA..ABAH SENTIASA ADA DISAMPING MANJA..
ABAH TEMAN,SAHABAT,KAWAN DAN SEORANG ABAH YANG BEGITU SETIA DISISI MANJA..
BANYAK SUKA DUKA YANG DAH KITA TEMPUHI SELAMA 5 TAHUN NI..TERLALU BANYAK KOT..
MOGA ABAH GEMBIRA DISAMPING MANJA YER SELAMA NI..





selain tu..hari ni juga dah genap 5 tahun aku jadi anak abah umi..jadi anak angkat diorang..
umi..abah..korang memang terbaik..
semoga TUHAN memberi segala yang terbaik buat kornag berdua..
sayang korang sangat2..
manja hargai perhubungan kita selama ni..
5 tahun dah kot..!!
thanks ya umi abah..!!




TERBAIK WOKK..!!MUUAAAHHHH..



ni lah manja umi dan abah,,!!ye kan umi..abah??hehe




notakakififie :: kenang daku dalam doamu yaa..!!




Monday, May 16, 2011

apa hubungan shahir dan rozita che wan??

malam ni nak cerita pasal gossip jer??
boleh kot kan.hehe
bukan fitnah,cuma gossip..ni pon cuma singgah kat google..
jumpa gossip2 menarik jer..

SHAHIR..juara af tahun lalu..sapa xkenal memang la..
malu jer,,artis undi masuk yang dapat tempat dihati peminat kot..
sekarang dah heboh kata ko yang shahir ni memang sah bercinta dengan rozita che wan..
sapa sangka kan..



yang ni pengakuan yang dibuat oleh kedua2 pihak kat berita harian..

“Kebelakangan ini pun sudah kecoh mengenai kisah peminat fanatik yang tidak merestui hubungan kami. Tetapi itu di luar kawalan saya. Cuma sejauh mana fanatik peminat Shahir sekali pun, mereka tidak menghalang mahupun mengongkongnya dalam soal membabitkan hati.
“Dia lelaki baik. Saya tertawan dengan sikap dan budi pekertinya. Saya senang bersamanya. Tambah pula kami berasal dari kampung dan mungkin itu juga antara sebab kami serasi. Cuma setakat ini, keluarga masing-masing tidak tahu dengan jelas hubungan kami.
“Soal merencana masa depan, sebaiknya soalan itu ditanya kepada Shahir. Saya hanya mampu berserah, pada masa sama berharap hubungan kami akan berakhir ke jenjang pelamin. Saya mengharapkan pengakhiran yang indah,” (petikan daripada Berita Harian)


so..apa aku boleh kata..hopenya hubungan dyorang kekal la ke jinjang pelamin..
umur bukan halangan kot untuk mendapat pasangan yang betul2 serasi ngan kita..kan??
kalau dah jodoh,,tak kemana juga akhirnya..





Saturday, May 7, 2011

segalanya pada ibu..

 


Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.




untukmu ibu..!!!




istimewa buat ibu tersayang..



Gugurnya Kelopak Itu...

Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Kini mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.

khas buat ibu tersayang..al-fatihah

~tinta lughahwi~


Ingatlah Kepada Ibumu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

selamat hari ibu..!!

salam,,hyep semua..!!
xperlu dah kot aku tya korang tau ke xesok hari apa kan..
esok adalah hari yang bermakna buat semua wanita2 yang bergelar ibu di dunia ini..!!
tanpa mereka,siapalah kita saat dan tikanya ini..kan?


first of all..
aku nak ucap,
SELAMAT HARI IBU.!!
untuk semua ibu2 kat luar sana..
moga gembira menyambut hari yang begitu bermakna ini..


ok..untuk insan yang penting bagi diri aku sekarang ni..
ada 2..
mereka lah tulang belakang aku..
kasih sayang aku..

see..



ni lah mak aku..
memang xnafikan,.tanpa dia..xada lah aku dalam dunia saat ni..
dia lah yang banyak berkorban untuk ank2 dia..
siang malam bekerja,,hnya nak anak2 dia jadi yang terbaik..
bagi aku dialah abah,dialah emak..!!
dialah mak yang terr..terr..terrbaik dalam dunia ni..
lurve u so much mak..!!


then ini umi angkat aku..



walaupon just umi angkat,dia juga dah macam mak aku juga..
dia sayang aku macam ank2 dia juga..betulkan umi??
dia juga jadi tempat aku luahkan perasan saat memerlukan..
umi memang umi yang terbaik..
lurve u too umi..!!

sangat beruntung aku kan..ada 2 orang insan yang bergelar ibu dalam dunia ni..
mom,u're the greatest mom in this world,,
love the both of u..!!


AJAIBNYA TANGAN IBU Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap, Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman, Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata, Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan...deraian air mata bahagia, Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang, Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,  Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.

Namun, Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap, Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata, Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu? Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad... Ketika jenazah ibu nak dimandikan... di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir. Tangan ibu, tangan ajaib... Sentuhan ibu, sentuhan kasih... Boleh membawa ke Syurga Firdausi... Ciumlah tangan ibu, Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...


saya sayang mak saya..!!saya nak hari2 adalah hari ibu..

*notasikitsikit: entry untuk abah xdeyer..bukan hari bapa pon..hehe

Thursday, May 5, 2011

penting ke yang berjenama saja??

hallow..
a s s a l a m u a l a i k u m..!!
hyep readers tersayang..!!(puji2 dulu la)
amacam ary ni sihat??
dah ready nak baca luahan kata untuk ary ni pula??

ada apa pada jenama??
penting ke nak pakai barang2 berjenama jer selalu..
mampos laa kalau macam tu kn..

kalau takat barang2 macam dompet,baju,seluar.jam tangan ke boleh laa lau nak pakai barang2 yang jenama ni..setakat luar2 jer..jarang2 pakai tu..ok laa..
tapi kalau seluar dalam ka,baju dalam ka nak pakai yang mahal2 gak..mau kopak la..
bukan nak tunjuk kesapa pon..(yg dah kawin lain)
yang tu hari2 nak tukar..
orang kaya lain laa..semua mampu punya..


berbalik pasal cerita ni..
petang tadi aku masuk laa satu kedai ni,nak cari seluar laa..
lepas excdnt lepas..
satu seluar  hitam pon dah xda..
terkoyak punya pasal..seluar paling sayang plak tu..

dalam kedai tu,auntie tu tya aku,,

auntie: adk,amik LEVIS laa..baru nak tahan lama..
aku: mahal laa auntie..biasa2 sudah laa..
auntie: tarak mahl maa..7-8 lbih saja..
aku: owh...xpa2..tgok yang ni dulu laa..(diam terkejut kot)

fuh,,xkan levis lagi..dalam tengah2 kopak ni..
rasanya x kot..
so decide amik jenama murah dah laa..
apa kenama pon xtau laa..
baru first time guna ini jenama..
LAVINO..

yang ni murah ja..agak2 lam 4 lbih jaa..
janji pakai sudah..
right??


*notasikitsikit : duit habis bayar bil broadband..huhu(sedih)





Friday, April 29, 2011

dah diubati..

hyep all..
welcome backk.

berbalik pasal cerita ulser di mulut saya tu..
hari ni tetap juga dalam kesakitan..!!

tapi xpela..
dugaan..!dugaan.!

then thanks bebanyak kepada mR wahai..
see here.. klik sini



thanks bebanyak kerana tahap simpati abah membeli ubat tu untuk saya..!!
jasa anda amat dihargai..


tapi rasanya mesti dia terbaca luahan perasan aku ape sal menatang ni yang mula membiak kat blog aku ni semalam..kan abh??
lau x,sapa pon memang xnak belikan ubat laa..(abah pon la)
harap aku nak beli..
opss..sori laa..
tunggu baik sendiri jela...
itulah perangai aku..

so..one more agains..thanks yaa..


*pedih + kebas + xsedap ubat ni tau..hoho




Recent Comments Widget