
bukan mudah untuk membuatkan pihak lain memahami diri kita terutamanya ada pekara yang bertentangan dan tidak sependapat. maka kerana itulah andaian, tuduhan dan prasangka terus tali temali dihala kepada kita.
tapi bagi aku, setiap orang ada hak untuk berkata apa sahaja, tetapi kita juga memahami setiap apa yang berlaku sebenarnya ada cerita tersendiri. lalu kerana itu jangan terlalu mudah menjatuhkan hukuman pada sesuatu yang kita sendiri tidak tahu ceritanya.
aku sekadar tersenyum apabila sms dari seseorang yang rapat denganku menghantar sms berbaur sindiran itu. tidak mengapalah. aku tidak mampu menghalang apa juga andaian mereka. kerana yang lebih tahu cerita segalanya hanyalah aku dengan tuhan!
maaf kerana aku tidak mampu mengubah ketentuan yang kalian harapkan...
0 comments:
Post a Comment