berhadapan dengan manusia yang wajahnya lebih manis dari gula di hadapan kita, dan padahal hatinya sebusuk pekung, apa yang perlu kita lakukan. perlukah kita marah. perlukah kita berkecil hati.
aku sememangnya muak dengan permainan manusia yang begini. tetapi aku tidak ada pilihan kerana aku bukannya ahli nujum yang pakar membaca hati manusia yang bertopengkan kemanisan. terkadang aku merasa perlu tabik dengan azwan ali yang berani menulis dengan ayat yang begitu kasar atas apa yang dia rasakan tidak sesuai dengan pemikirannya. tetapi aku bukanlah manusia seperti azwan. aku ada cara tersendiri untuk melahirkan rasa marahku.
apapun aku cukup kasihan dengan manusia yang bertopengkan kemanisan itu. mereka menjaja kemanisan mereka tanpa sedar sikap mereka itu memperbodohkan diri sendiri. bahagiakah mereka dengan permainan yang kotor sebegitu?
perlukah aku marah?

0 comments:
Post a Comment