
letak warna pelangi di kelam malam. ingat senang?
letak warna pelangi tatkala hujan lebat tanpa mentari. ingat senang?
kalau hati ikhlas, tak de ape mampu menghalang. kan?
ye kalau hati ikhlas. senang ke nak ikhlaskan hati?
ye kalau hati ikhlas. senang ke nak ikhlaskan hati?
nak ikhlaskan hati doakan kebahagiaan dan ketenangan jiwa pada orang yang pernah sakitkan hati kita. senang ke?
nak ikhlaskan hati halalkan apa saja harta yang susah payah kita dapat tapi senang senang orang curi. senang ke?
senang atau tak tapi kena cuba. hati ikhlas hati yang bersih. bila hati bersih kita pun akan tenang.
nak ikhlaskan hati halalkan apa saja harta yang susah payah kita dapat tapi senang senang orang curi. senang ke?
senang atau tak tapi kena cuba. hati ikhlas hati yang bersih. bila hati bersih kita pun akan tenang.
“separuh mati aku tahan nyawa nak bangkit semula. senang senang nak doakan die?”
“cuba. tak cuba tak tahu”
“aku dah cuba. tapi bila aku doa, aku kembali ingat apa dia buat. dan aku akan marah. bila aku marah aku akan doa benda yang tak baik untuk dia.”
“minta pada Allah.”
“macam mana? kalau aku nak doa pun tak mampu?”
“minta pada Allah untuk ikhlaskan hati. minta pada Allah ambil hati ini semula. minta pada Allah jaga hati ini semula,”
“macam mana?”
“Hati tu hak Allah. pulangkan padaNya. biar Dia yang jaga.”
“macam mana aku nak pulangkan?”
“Balut hati kau dengan AL-Quran. Persembahkan dengan Solat. InsyaAllah.”
Melihat senyuman dan ketenangan hati milik insan lain sebenarnya itulah bahagia. Mendoakan insan lain itulah ubatnya.
“Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama.” (HR. Muslim no. 4912)
“Doa seorang muslim untuk saudaranya (sesama muslim) tanpa diketahui olehnya adalah doa mustajabah. Di atas kepalanya (orang yang berdoa) ada malaikat yang telah diutus. Sehingga setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan, “Amin dan kamu juga akan mendapatkan seperti itu.”
sakit memang sakit. perit memang perit. pedih memang pedih. tapi tak salah kalau ubat segala penyakit itu dengan taubat. Allah penggil kita untuk ingat dan kembali padaNya hanya dengan sedikit ujian dan dugaan. sebab Dia tahu, hanya dengan itu baru kita mahu dekat denganNYa.
tak perlu dikira senang ke susah nak ikhlas. pokoknya nak atau tak nak je. kan?
p/s :: ikhlaskah aku selama ini?
0 comments:
Post a Comment