langit cerah lagi.
seronoknya matahari berdansa di lantai langit.
cuba mengeluarkan cahaya kepanasannya..
makin terik..makin terik.makin terik.
manusia.
lari lah kau..
aku tetap memburu,mencari,memberi kau bahang kepanasan..
sampai bila kau nak lari.
walau kau lari,aku masih di atas kau.
bayang-bayang kau juga mengejar.
mengikot kau kemana saja.
wujudnya bayang-bayang kau kerana aku.
aku puas,aku bangga..
aku beri kepanasan,aku beri bahang.
aku yg berkuasa,aku yg besar.
aku takda,kau (manusia) juga akan muram.
aku ada,kau mula mengeluh.
aku adalah aku.
aku Matahari.
yang besar dan berkuasa
0 comments:
Post a Comment