"DAn sekiranya anda ditangkap meniru, tindakan tegas akan diambil. Amda boleh mula menjawab sekarang."
Pernah dengar amaran ni?? Tak kisahlah dalam bahasa apa sekalipon, tapi pernah dengar tak?Kalau tak pernah,maknanya xpernah masuk dewan peperiksaan.
Meniru (biasanya dalam dewan peperiksaan dipanggil 'toyol')
DAlam dewan peperiksaan, meniru menjadi satu kesalahan besar. Tapi dalam kehidupan? Macam mana aku cakap yang kau tu seorang peniru? Yelah, kaulah yang baca tulisan ni. Kau adalah seorang peniru! Seumur hidup kau meniru, tapi x nak mengaku.
Aku pon PENIRU.
Sebenarnya dalam kehidupan kita semua peniru. Dari kecik sampailah besar, kerja kita adalah meniru. Perkataan pertama yg keluar dari mulut mak ayah kita (mak,ayah,mama,babah dll) adalah perkataan yang kita tiru dari mak bapak kita yang berkali-kali ulangsebut perkataan tu. Seronok mak bapak kita apabila kita boleh tiru apa yg diorang cakap.
Bila mak bapak kita nak ajar kita pakai baju, kita tiru cara mak bapak kita pakai baju. Cara bukan gaya. Mak bpak kita akan tunjuk cara-cara nak lakukan semua tu. Kemudian kita pon tiru untuk belajar sendiri. Seterusnya cara makan,pakai,minum dll.
Aku mintak maaf bg sesiapa yg x dibesarkan oleh mak bapak diorang. Ini tak disengajakan.
Bila kita dah mula masuk alam sekolah,cikgu ajar ABC. Bagaimana kita belajar ABC tu? Dengan proses peniruan. Cikgu sebut,dan kita pon mula meniru apa yang disebutkannya. Kemudian dia mula mengajar menulis perkataan tersebut, dan disitu kita mula meniru lagi. Belajar meniru apa yang dituliskan olehnya.
Kemudian kita mulai besar dan memiliki sifat keinginan dan kehendak. Kita nak barang mainan yang ditayangkan kawan-kawan di sekolah atau televisyen. (Macam suneo dengan giant yang selalu berlagak dengan nobita). Jadi kita meniru lagi kegembiraan kawan dengan membeli barang yang sama.
Seterusnya proses peniruan ini berlaku dalam kehidupan kita setiap hari,setiap waktu.
Kita besar, dan kita buat benda-benda tak best. Semua yang kita lakukan hanyalah melalui sifat ingin tahu yang tinggi sewaktu alam keremajaan yang membuaskan diri. Semuanya melalui proses penipuan.
Meniru sang peniru, memang tiada kesudahan. Tak kemana kot. Bakat juga hasil peniruan dan kemudian kita sulam sendiri. (Apapun semua tetap pemberian Tuhan).
Inspirasi juga selari dengan proses peniruan.
Maka proses ini akan tetap terus berlangsung dalam kehidupan seharian kita dan tak dapat lari kecuali mati.
Kita semua peniru profesional.
0 comments:
Post a Comment